, ,
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN AGEN STOK AL HADDAD MARKETING SDN BHD
1. Permohonan Agen Stok hendaklah melalui Kelab Zon setiap negeri. Kelulusan Agen Stok akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja.
2. Jika mana-mana agen stok menukarkan alamat lokasi mereka tanpa pengetahuan & kebenaran syarikat, maka pihak syarikat berhak menarik balik status tersebut atau apa-apa tindakan yang sewajarnya.
3. Bayaran syarat belian untuk Stokis Bergerak RM5,000.00, Stokis Daerah RM25,000.00 dan Stokis Negeri RM50,000.00. Bayaran hendaklah secara tunai setelah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak syarikat.
4. Pengedar yang ingin memohon untuk menjadi Agen Stok mestilah dapat menguasai kemahiran IT (menguasai sistem online Al Haddad Marketing Sdn Bhd sepenuhnya)
Harap maklum.